Sunday 11 May 2014

PIHAK MEDIA ARUS DIKASARI DAN DIGANASI OLEH PIHAK PEMBANGKANG DI PERHIMPUAN HARAM ANTI-GST

Menariknya pagi ini admin nak kongsikan bahawa sikap Pembangkang yang semakin mengganas tidak kira siapa yang berhadapan dengannya oleh itu yang menjadi mangsa pada perhimpunan haram GST itu adalah pihak media. Keganasan yang tercetus semasa perhimpunan haram anti-GST pada Hari Buruh mengukuhkan perepsi rakyat bahawa pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja untuk mendapat kuasa. Keganasan yang berlaku bukan buat pertama kali tetapi ia sudah menjadi lumrah dalam setiap demontrasi dan perhimpunan yang diadakan terutamany di ibu negara.

Mereka mendabik dada bahawa mereka lah yng paling demokratik dan menjunjung undang-undang, kononnya berjung untuk negara hukum. Bagaimanapun apabil undang-undang tidak menyebelahi merek, pembangkalah pihak yng pertama melanggari segal peraturan yang ereka pertahankan. Umpamanya pihak Polis menyatakan perhimpunan anti-GST tersebut adalah haram dari segi undang-undang kerana penganjur tidak mematuhi syarat-syarat mengadakan perhimpunan sebagaimana termaktub di dalam Akta Perhimpunan Aman 2012.

Malah sebelum akta tersebut digubal pembangkang mahu agar mereka dibenarkan berhimpun di dalam stadium atau tempat tertutup. Apabila syarat terbebut dimasukkan di dalam akta berkenaan mereklh yang pertama sekali menolaknya pula dan ahu mengadakan demonstrasi jalanan..Apa ke jadahnya ini semua haa??Dalam perhimpunan haram mana-mana pun pasti akan terjadi kejadian yang tidak diingini berlaku. Didalam undang-undang jelas sudah menyatakan kanak-kanak tidak dibenarkan dibawa bersama dalam sebarang perhimpunan. Apa yang berlku penyokong pembangkang tetap menyeret anak-anak yang tidak berdosa dan mendedahkan mereka kepada risiko tercedera sekiranya terperangkap di dalam insiden keganasan.

Pembangkang juga berjanji untuk tidak mengusikatau menggangu gugat tugas petugas media. Apabila yang berlaku adalah sebaliknya, wartawan diganasi dan dikasari sehingga ada yang tercedera. Perkara ini tidak harus berlaku ketika pentadbiran Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak mengamalkan sikap terbuka berhubung kebebasan media. Sekiranya inilah sikap pembangkang yang mensasarkan petugas media daripada melakuakan tugas-tugas liputan bermakna masa depan industri media negara ini akan gelap sekiranya pihak pembangkang memegang kuasa. Apa yang di sebut oleh pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng kononnya kebebasan akan terjamin di bawah sekiranya mereka berkuasa hanyalah cakap kosong dan retorik sahaja.

Hakikatnya pembangkang adalah musuh media kerana walaupun mereka berkuasa di beberapa buah negeri, namun nasib petugas media yang tidak disukai mereka terutamanya Utusan Malaysia dan TV3 sentiasa didiskriminasi. Wartawan diancam dengan tindakan saman dan undang-undang setiap kali mereka mengajukan soalan yang mapu menggugatkan kredibiliti dan kewibawaan mereka sebagai pemimpin politik. Malah sering kai para wartawan media arus perdana dimalukan dan diperli dikhalayak ramai kerana bertanyakan soalan yang mereka anggap sensitif.

Bagaimanapun pemimpin pembangkang seperti Anwar amat lnak sekali apabila berdepan dengan media asing atau antarabangsa, jauh berbeza dengan layanan yang diberikan kepada media tempatan. Bagi Anwar media tempatan kecuali akhbar atau portal media yang menyokongnya patut dilayan seperti hampas kerana kononnya tidak memberi ruang secukupnya kepada beliau. Tidakkah Anwar boleh dikatakan mendapat perhatian media saban hari di dalam media utama negara sejak 1998? Mungkin beliau hanya media mengikut telunjuknya sepertimana beliau mencengkam media arus perdana semasa berada di dalam kerajaan dahulu.




No comments:

Post a Comment